Wednesday, February 16, 2011

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W


Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah, tahun 

10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah :

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui 

apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah 

dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat

 hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka
 anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta
 yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu 
sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya,
 kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan 
kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba
 dibatalkan sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa
 untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya
 kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.
Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka 
juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak 
mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian 
dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan
 berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah
 teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah 
mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak 
sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah 
Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, 
dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji
 sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada 
Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia 
dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung 
jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan
 sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.
Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan
 ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah 
kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku 
tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan 
mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah 
AL-QURAN dan SUNNAHKU.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada 
orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang 
terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan 
risalahMu kepada hamba-hambaMU.


- Sumber dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Layari http://www.islam.gov.my/
dan I lUv ISLAM

No comments:

Post a Comment