Adapun nasab keturunan BAGINDA S.A.W adalah: MUHAMMAD
bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim bin Abdul Manaf.
Dikatakan bahawa nasab keturunan
BAGINDA S.A.W ini sampai kepada NABI IsMAIL A.S.
NABI MUHAMMAD S.A.W lahir pada tahun Gajah iaitu tahun tentera
Abrahah melanggar masuk untuk menyerang dan menawan kota Makkah.
Namun percubaan untuk menawan Kaabah ini menemuni jalan kegagalan
apabila Allah Taala menghantar sekumpulan burung Ababil untuk
memusnahkan angkatan tentera Abrahah itu dalam sekelip mata sahaja.
Mengikut pendapat yang paling hampir bahawa BAGINDA S.A.W telah
dilahirkan pada 12 Rabiulawal tahun itu
(terdapat juga beberapa pendapat lain lagi).
BAGINDA S.A.W adalah seorang yatim ketika dilahirkan. Bapanya wafat
ketika usia BAGINDA S.A.W 2 bulan dalam kandungan Ibunya.
Setelah dilahirkan BAGINDA S.A.W dipelihara oleh datuknya Abdul Mutalib
kemudian disusukan oleh Halimah binti Abi Zuwaib dari puak Bani Saad Bakri.
Kampung Bani Saad pada ketika itu mengalami kemarau yang teruk. Setelah
sampai BAGINDA S.A.W untuk menyusu maka kampung tersebut
berubah dari sebuah kampung
yang tandus kepada sebuah kampung yang subur lagi menghijau.
Di kampung ini jugalah BAGINDA S.A.W
telah dibedah perut oleh Malaikat ketika usia BAGINDA 5tahun.
Ini adalah di antara keberkatan dan mukjizat BAGINDA S.A.W
yang telah dikurniakan oleh ALLAH TAALA.
Ibu BAGINDA S.A.W telah wafat ketika usia baginda 6 tahun.
Ini menyebabkan BAGINDA S.A.W
menjadi yatim piatu. Kemudian BAGINDA dipelihara dan dididik pula
oleh datuknya Abdul Mutalib sehingga usia BAGINDA S.A.W
8 tahun. Setelah datuknya meninggal dunia BAGINDA S.A.W
dipelihara oleh bapa saudaranya Abu Talib.
No comments:
Post a Comment