Monday, February 14, 2011

kelahiran NABI MUHAMMAD S.A.W


Kelahiran NABI MUHAMMAD S.A.W. pada 12 Rabiulawal, Tahun Gajah di 

Mekah al-Mukarramah sebagai pembuka rahmat di pelosok alam semesta.

Kelahiran BAGINDA menjadi seribu satu tanda bahawa BAGINDA akan
menjadi utusan terakhir dalam menyampaikan risalah Islam. Ia merupakan
peristiwa utama dalam sejarah Islam.

BAGINDA mempunyai kelebihan luar biasa, bukan sahaja dilihat dalam 
konteks sebelum kelahirannya tetapi dalam konteks semasa dan 
selepas dilahirkan.
Peristiwa luar biasa ini disebut sebagai Irhas.

Irhas bermaksud satu perkara luar biasa bagi manusia yang normal dan
hanya diberikan
 kepada bakal nabi. Irhas dikategorikan kepada tiga:
1.Irhas yang dinyatakan di dalam kitab yang tidak boleh diubah atau
 dipinda.
2.Alamat-alamat kerasulan yang dibuktikan melalui perkhabaran daripada
 orang alim 
melalui ilham dan sebagainya.
3.Kejadian luar biasa yang berlaku semasa kelahiran NABI 
MUHAMMMAD S.A.W.

Sehubungan itu, masih ramai masyarakat Islam yang sebenarnya
tidak mengetahui
peristiwa di sebalik kelahiran BAGINDA. Ini kerana masih banyak
 lagi rahsia yang belum tersingkap.

Sebenarnya banyak keajaiban yang berlaku sebelum kelahiran 
NABI MUHAMMAD S.A.W.

1)semasa RASULULLAH. berada di dalam kandungan
bondanya, Aminah,Beliau tidak merasa susah sebagaimana
 dialami oleh ibu-ibu yang hamil.

Kehamilannya disedari melalui perkhabaran Malaikat yang datang
kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa
beliau telahmengandungkan seorang NABI dan PENGHULU kepada 
seluruh umat manusia.

Selain itu kehamilannya ditandai dengan haidnya terputus dan 
berpindahnyacahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya.

2)ketika Nur MUHAMMAD masuk ke dalam rahim Aminah, 
ALLAH memerintahkan Malaikat supaya membukakan pintu Syurga 
Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi.

Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur,
pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan
di darat dan di laut sibuk membincangkannya.
3) peperangan tentera bergajah yang disebut di dalam Al-Quran
Surah Al-Fil,datang menyerang kota Mekah. Ia diketuai oleh
tentera bergajah denganmenunggang seekor gajah besar
bernama Mahmudi.

Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu
berhenti dan berundur dengan izin ALLAH.
Kemudian sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan
menghancurkanmereka sebagaimana yang disebut di dalam Al-Quran.
Peristiwa ini amat menakjubkan
dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.

4)Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan.
Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri Malaikat turun
dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa.

Kemudian Malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata ``
Khabar bahagia untuk saudara, wahai Ibu daripada seorang NABI.
PUTERA saudara itu menjadi PENOLONG DAN PEMBEBAS manusia.
Namakan dia AHMAD.''

Semasa kelahiran NABI MUHAMMAD S.A.W., Aminah ditemani
Asiah dan Maryam.Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat bahawa
Nabi Muhammad lebih tinggi darjatnyadaripada NABI Isa dan NABI Musa.

Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang
seorang NABI pada akhir zaman.

Semasa BAGINDA dilahirkan, Bondanya menyaksikan nur atau cahaya
 keluar dari tubuh badan BAGINDA. Cahaya tersebut menyinari sehingga
ke Istana Busra di Syria.

Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga
dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat.

Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi
 seluruh dunia.Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang 
paling awal yang menyatakanbahawa suatu cahaya terpancar dari rahim
 Aminah apabila BAGINDA dilahirkan.

Aminah sendiri melihat BAGINDA dalam keadaan terbaring dengan
kedua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang 
sedang berdoa.

Kemudian Bondanya melihat awan turun menyelimuti dirinya 
sehingga Beliau mendengar sebuah seruan
``Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat,
supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala
perkara syirik''.

Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. 
Setengahriwayat menyatakan NABI dilahirkan dalam keadaan 
memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah 
sebagai tanda ketinggian martabatnya
daripada semua makhluk.

Dikatakan juga pada malam kelahiran BAGINDA, berhala-berhala
 yang terdapatdi situ mengalami kerosakan dan kemusnahan.

Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, ``Ketika aku sedang berada
di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada
ALLAH. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata,
``telah lahir NABI pilihan yang akan membinasakan orang kafir
dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan
akan memerintahkan penyembahan YANG MAHA MENGETAHUI.''

Selain itu di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di mahligai
Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas
tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda -tanda
keruntuhan kerajaan tersebut.

Namun, api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama
seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan
api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan.
Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi.

Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran BAGINDA, Tasik Sava
yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah.

Setelah BAGINDA lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda
bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat.

Dalam riwayat yang sahih dan masyhur, ketika BAGINDA diasuh oleh ibu
susunya iaitu Halimatus Sa'diah, ladang-ladang Halimah kembali menghijau
setelah mengalami kemarau.

Begitu juga binatang ternakan seperti kambing mengeluarkan susu yang
banyak.Selain itu, NABI tidak pernah diganggu walaupun oleh seekor lalat
termasuk juga pakaian BAGINDA.

Halimah dan suaminya juga beberapa kali melihat tompokan awan kecil
di atas kepala
melindungi BAGINDA daripada panas matahari.

Ketika berusia 4 tahun, sedang BAGINDA bermain-main dengan
saudara susuannya, tiba-tiba datang malaikat mendekati baginda iaitu
Malaikat Jibril dan Mikail.

Lalu membelah dada BAGINDA dan mengeluarkan segumpal darah
dan mencuci gumpalan darah itu dengan salji. Ada yang meriwayatkan
bahawa gumpalan darah itu dicuci di dalam bejana emas dengan air zam-zam,
lalu diletakkansemula di tempatnya.

hal ini jelas diterangkan dalam surah Insyirah ayat 1 : Bukankah Kami telah
melapangkan dadamu (wahai MUHAMMAD)?

Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran NABI 
MUHAMMAD S.A.W mempunyai keistimewaan tersendiri.
Ini kerana baginda adalah khatamun nubuwwah,penutup 
segala NABI.

Perkara -perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan
baginda
di sisi ALLAH, sekali gus sebagai bukti KERASULANNYA.

Di samping itu, bukti -bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab
 kitab terdahulu seperti kitab Taurat, Zabur dan Injil sebagai
RASUL yang terakhir.



No comments:

Post a Comment