RASULULLAH S.A.W. Adalah seorang manusia yang dikurniakan oleh ALLAH S.W.T. Dengan akhlak yang terpuji dan mulia. Baginda mempunyai sifat yang sangat sabar dan penyantun, baik terhadap saudara mara mahupun terhadap orang-orang yang membenci atau yang memusuhinya.
Semasa hayat BAGINDA, ada seorang wanita yang sangat benci kepada RASULULLAH S.A.W, Bila sahaja wanita itu ternampak RASULULLAH lalu di hadapan rumahnya, dia mengambil penyapu lalu lalu memukul BAGINDA. Walaupun begitu, RASULULLAH sentiasa memberi salam kepadanya sekalipun salamnya itu tidak pernah dibalas oleh wanita itu.
Pada suatu hari semasa RASULULLAH berjalan di depan rumahnya seperti biasa, RASULULLAH menjadi hairan kerana wanita itu tidak kelihatan. Maka Baginda pun bertanyakan jiran-jirannya. Jiran-jiran wanita itu pula berasa hairan dengan sikap RASULULLAH kerana mereka tahu bahawa wanita itu cukup benci kepada RASULULLAH sebaliknya BAGINDA pula bertanyakan ke mana pula wanita itu pergi.
Dengan perasaan hairan, jiran-jiran wanita itu memberitahu bahawa wanita itu sedang sakit dan tidak kuat untuk bangun. Sebaik sahaja RASULULLAH mendengan berita itu, BAGINDA pun terus masuk kedalam rumah wanita itu. Dengan tidak membuang masa, BAGINDA pun menolong mengemas rumahnya, memasak serta menimba air untuknya.
Wanita itu begitu hairan melihat perangai RASULULLAH yang sudi membantunya meskipun dia benci terhadap RASULULLAH. Sebaik sahaja dia melihat RASULULLAH sudi membantunya akhirnya hati yang
keras itu menjadi lembut.. Dia tertawan dengan ketinggian budi RASULULLAH itu. Akhirnya dia berasa kesal di atas kekasarannya terhadap RASULULLAH. Semenjak dari hari itu wanita itupun menjadi seorang muslimat yang sopan dan baik akhlaknya serta taat mengerjakan perintah-perintah ALLAH.
No comments:
Post a Comment