Sunday, February 13, 2011

SIFAT ROMANTIS RASULULLAH S.A.W

RASULULLAH S.A.W adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem Poligami. BAGINDA romantis terhadap kesemua isteri BAGINDA. 
Disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri BAGINDA berkumpul dihadapan BAGINDA, lalu bertanya "siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi". RASULULLAH hanya tersenyum lalu berkata, "SAya akan beritahu kamu nanti~. "

Selepas daripada pertemuan itu, RASULULLAH telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri BAGINDA sebentuk cincin. BAGINDA  berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain~ . Lalu suatu hari mereka berkumpul lagi dan bertanya dengan soal yang sama.RASULULLAH S.A.W  lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya". Isteri-isteri BAGINDA tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka saja yang mendapat cincin dan merasakan bahwa diri mereka tidak terasing.

Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantis ini RASULULLAH S.A.W ada bersabda :"Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka". RASULULLAH S.A.W selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. BAGINDA acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri BAGINDA pergi musafir untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.

Inilah sedikit kisah romantis RASULULLAH S.A.W agar dapat kita tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga. 



Sabda NABI, Ilmu itu milik ALLAH, barang siapa menyebarkan ILMU demi kebaikan, INSYA ALLAH 
TUHAN akan menggandakan 10 kali kepadanya ALLAHUAKBAR~

Untuk suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat.
Begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa~. 
Untuk yang belum berumahtangga itu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga~ kerana dengan perkahwinan itu boleh menjamin anda ke SYurga.










"Ya ALLAH cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak RASULULLAH S.A.W , tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan Sinarkanlah wajahku seperti cahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang berIman...."Amin"




sumber: http://carlamarlita.blogspot.com/2009/11/sifat-romantis-rasulullah-saw.html#comments

No comments:

Post a Comment